Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Sodexo logo

Speak Up Talian Etika

Laporkan Kebimbangan Dalam Talian

Sistem ini memudahkan pelaporan sesuatu insiden tentang isu tempat kerja seperti kebimbangan berhubung kewangan dan pengauditan, gangguan, kecurian, salah guna bahan, dan keadaan tidak selamat.

Hubungi Talian Etika Kami

Jika anda memilih untuk bercakap dengan seseorang secara rahsia, hubungi kami dan salah seorang wakil kami akan bersedia membantu anda.

Susulan

Anda boleh menyemak status laporan atau pertanyaan anda menggunakan nombor akses dan kata laluan yang telah anda buat sewaktu anda mengemukakan pertanyaan atau kebimbangan anda.

Surat daripada Ketua Pegawai Etika

"Sodexo Speak Up membenarkan anda melaporkan sebarang isu mengenai kelakuan perniagaan kami yang bertanggungjawab untuk  beroperasi dengan selamat dan sulit."

Membaca surat itu

Tatakelakuan

Sodexo telah mencipta Kod Tatakelakuan, yang dinama sebagai Panduan Integriti Perniagaan, yang menetapkan piawaian yang kami harap boleh diikut oleh kakitangan kami.

Perkara yang Boleh Dijangka dalam Proses Pelaporan

    Semua orang yang bekerja untuk atau bagi pihak Sodexo boleh buat laporan. Ia juga terbuka kepada mana-mana pihak yang Syarikat kita mempunyai atau pernah ada hubungan perniagaan (seperti rakan kongsi perniagaan, pembekal, pemegang saham, ejen, pengedar, wakil dan pengguna) yang ingin membangkitkan isu tentang kemungkinan salah laku. 

    Jika anda mengesyaki kewujudan salah laku dan percaya bahawa perkara itu tidak dapat ditangani melalui saluran yang tersedia, anda boleh menggunakan perkhidmatan Talian Etika Sodexo Speak Up. Ini beri anda peluang untuk mengemukakan kebimbangan anda secara sulit dan dalam bahasa anda. Talian Etika Sodexo Speak Up dikendalikan oleh pihak ketiga yang bebas dan tersedia 24/7, 365 hari setahun. 

    Mana-mana individu yang membangkitkan sebarang isu menggunakan Speak Up akan dilindungi. Sila jangan risau, anda tidak akan dihukum untuk mengemukakan isu dengan niat baik tentang salah laku yang disyaki. Sebarang bentuk ancaman atau tindakan balas dendam tidak akan diterima. Tindakan membalas dendam dianggap sebagai masalah disiplin. 

    Anda boleh berkongsi kebimbangan anda tanpa membekalkan nama anda (jika dibenarkan oleh undang-undang negara anda). Namun, kami galakkan anda laporkan identiti anda kerana ia lebih sukar, dan dalam beberapa situasi, adalah mustahil untuk kami menyiasat laporan yang dibuat secara tanpa nama. 

    Selepas anda hantar laporan anda (dalam talian atau melalui telefon) anda akan terima kod unik yang dipanggil sebagai"nombor akses". Nombor ini boleh digunakan untuk menghubungi semula atau mengakses laman web Sodexo Speak Up untuk semak kemajuan laporan anda. 

    Semua laporan yang diterima oleh Sodexo akan rekod masuk ke dalam sistem pengurusan kes. Bergantung pada sifat, kepentingan dan potensi impak laporan anda, kes itu akan dikendalikan oleh pengurus kes yang sesuai. 

    Laporan akan diproses dalam tempoh masa yang munasabah antara tiga dan enam bulan, supaya langkah-langkah yang sewajarnya akan  diambil, tanpa ambil kira orang yang berkenaan. 

    Jika anda percaya bahawa kebimbangan anda atau isu mengenai anda tidak dikendalikan dengan sewajarnya atau penyiasatan tidak dilakukan dengan betul, sila maklumkan kepada Pegawai Etika Kumpulan. 

    All Rights Reserved